Saturday 21 October 2023

TANAM PADI TANPA MENGGUNAKAN RACUN

 
Antara kos utama dalam penanaman padi ialah racun dan baja. Tanpa kedua-duanya hasil padi tidak akan menjadi.
 
Namun, ada kaedah atau cara menghasilkan padi tanpa racun dan baja. Hasilnya lebih tinggi dari hasil padi yang menggunakan baja dan racun kimia.
 
Pak Aep yang dinobatkan penanam padi terbaik Indonesia dan dipanggil seluruh dunia untuk mengajar ilmu padi kepada profesor, doktor dan penyelidik seluruh dunia ada kaedah penanaman padi tanpa racun dan baja, tetapi hasilnya lebih baik berbanding menggunakan kedua-duanya.
 
Konsep Pertanian Alami Lestari yang meletakan hubungan baik manusia dengan Allah SWT, manusia dengan haiwan termasuk perosak dan haiwan dengan tumbuhan itu sendiri, iaitu padi.
 
Semua berkaitan tentang ilmu ekosistem tanah, faham sifat padi dan perosak perlu difahami untuk mencapai kejayaan tersebut.
 
Pak Aep menang pelbagai anugerah peringkat dunia kini berada di Malaysia. Beliau kini ada 19 varieti padi ditanam oleh beliau untuk kajian dan perbandingan di Malaysia.
 
Semoga ilmu yang dimiliki beliau dikongsikan untuk dikembangkan kepada petani di Malaysia.
 
Kredit maklumat dan gambar Syam Ghaz

No comments:

Post a Comment