Monday 30 October 2023

PISANG TANDUK BENIH KULTUR TISU

 
Penanaman pisang tanduk menggunakan anak benih daripada kultur tisu menghasilkan buah berkualiti premium selain mengurangkan risiko serangan penyakit, berbanding anak sulur atau anak pokok.
 
Anak benih pisang tanduk daripada tisu kultur dihasilkan di dalam makmal. Ia bertujuan memastikan hanya ciri-ciri genetik terbaik diambil dalam proses penghasilannya termasuk rintangan kepada penyakit.
 
"Penanaman pisang tanduk secara komersial diusahakan saya bersama sepupu, Mark Thilley, pada kebun berkeluasan 10 hektar selain memilih menggunakan anak benih tisu kultur berbanding kaedah sulur ataupun anak pokok.
 
Anak daripada kultur tisu lebih mahal, tetapi berbaloi kerana menghasilkan buah yang bermutu sesuai dengan permintaan pasaran.
 
Penggunaan anak benih kultur tisu, pengeluaran hasil juga lebih seragam terutama setiap buah daripada setiap pokok memiliki purata berat dan jumlah sisir yang tidak jauh beza.
 
Paling penting boleh kawal kualiti buah yang dihasilkan seperti isi lebih padat, saiz lebih besar dan warnanya lebih kuning berbanding pokok pisang sulur.
 
Pisang daripada benih kultur tisu juga memastikan pengeluaran pisang tanduk gred premium dengan berat sekitar 8 kilogram sehinggalah 13 kilogram bagi setiap pokok.
 
Kaedah kultur tisu juga ada peraturan tertentu iaitu tidak boleh menggunakan sel induk yang sama berulang kali bagi mengelak ancaman penyakit.
 
Penanaman pisang tanduk sama juga dengan jenis pisang lain amat memerlukan air mencukupi dan juga baja memastikan pokok dapat mengeluarkan jantung dan berbunga pada bulan keenam.
 
Buah pisang tanduk terhasil daripada jantung pokok. Biasanya pokok yang sihat akan menghasilkan jantung pada bulan keenam atau ketujuh.
 
Dalam tempoh lapan minggu berikutnya dari jantung, beransur-ansur pembentukan buah yang sedia dituai.
 
Kerja penjagaan pokok amat penting dalam tempoh enam bulan pertama, termasuk mencantas daun dan sulur pokok bagi memastikan pertumbuhan buah serta pokok dapat berlangsung dengan baik.
 
Pisang tanduk mendapat permintaan tinggi dari pengusaha kerepak, penjual goreng pisang dan mereka yang ingin menjadikan ia sebagai pengat atau kuih muih lain. Ia juga boleh dimakan mentah.

No comments:

Post a Comment