Friday, 4 June 2021

SUAMI RELA BERKONGSI ISTERI DENGAN LELAKI LAIN

Suami rela kongsi isteri dengan lelaki lain. Satu amalan sukar diterima, tetapi telah jadi satu perkara biasa dalam komuniti mengamalkan kehidupan bertukar pasangan. 

Kongsi isteri dianggap cara puaskan nafsu yang lebih mulia berbanding pasangan berlaku curang. Kegiatan kongsi isteri beri peluang bertukar pasangan secara sama suka yang memberi kebaikan bersama.

Dalam semua agama dan budaya, isteri hanya milik seorang lelaki pada satu-satu masa. Wanita boleh memiliki suami lain setelah bercerai atau berpisah dengan suaminya. 

Bahkan, dalam Islam, isteri yang diceraikan suami belum boleh mencari suami lain, melainkan setelah tamat idah. Ini kerana wanita masih dalam edah lebih utama kepada bekas suami untuk rujuk kembali.

Dalam Islam, kedudukan wanita dijaga sebaik-baiknya. Institusi perkahwinan menjadi pelindung kepada wanita daripada menjadi mangsa kerakusan nafsu lalaki. 

Peliknya ada tradisi adik beradik kongsi seorang isteri. Itu kisah benar wanita bersuami lebih seorang. Kesemua suami itu adalah adik beradik. Ada kes seorang isteri berkahwin dengan lima adik beradik.   

Sebenarnya itu tradisi purba digelar poliyandri. Tradisi wanita berkahwin lebih seorang melibatkan adik beradik diamalkan di wilayah utarah India di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New Delhi. Bagaimanapun, tradisi itu tidak dilaksanakan secara meluas.   

Tradisi itu masih diteruskan biarpun ada tentanggan pihak NGO kerana lebih menjurus kepada aatu amalan penderaan seksual menyalahi tabie. Satu penghinaan terhadap wanita dan institusi rumahtangga.  

Dalam kebanyakan kes, wanita itu sebenarnya hanya menjalani istiadat perkahwinan hanya dengan satu lelaki sahaja. Tetapi, dia kemudian terpaksa menerima satu adat yang mana saudara lelaki kepada suaminya itu juga layak untuk melakukan hubungan seks dengannya seperti sebagai satu suami yang sah.

Itu kisah adik beradik berkongsi isteri yang dianggap satu adat atau budaya. Di satu masyarakat lain, ada budaya melayan tetamu lelaki dengan membenarkan isteri melakukan hubungan seks dengan tetamu itu.  

Peliknya, jika tetamu lelaki itu menolak melakukan hubungan seks dengan isterinya, itu dianggap satu penghinaan kepada keluarga tersebut.

Ada juga amalan kuno yang masih diamalkan sehinggga sekarang di satu negara yang mana balu kepada lelaki yang meningggal dunia, sebelum meninggalkan keluarga bekas suaminya, maka perlu dia melayan atau melakukan hubungans seks dengan semua lelaki ahli keluarga bekas suaminya.

Budaya dan adat pelik ini diakui semakin dilupakan atau ditinggalkan. Namun, timbul pula budaya yang lebih teruk pada alaf ini. Amalan ini dilakukan sekelompok manusia yang mempunyai nafsu seks pelik.

Sekarang berlaku amalan suami atau lelaki sanggup berkongsi isteri atau teman wanita dengan lelaki lain. 

Ini bukan adat, tetapi diamal di kalangan masyarakat yang melaungkan hak kebebabasan untuk menikmati hubungan seks secara bebas.  

Perkahwinan dianggap sekadar untuk memenuhi keperluan undang-undang, sedangkan hakikat perkahwinan sebenar tidak dituruti.

Mereka hidup macam haiwan yang bebas bertukar pasangan. Malah apa yang dilakukan itu lebih hina daripada haiwan. Terdapat haiwan yang menjaga pasangan masing-masing agar tidak diganggu oleh jantan lain.

Tetapi, manusia yang telah hilang sifat kemanusiaan telah melakukan sebaliknya. Mereka adakan pesta seks untuk bertukar pasangan. Setiap yang hadir bersama isteri atau teman wanita masing-masing.  

Di pesta itu, mereka memberi kebebasan untuk sesiapa saja memilih pasangan untuk melakukan hubungan seks. Setiap orang merdeka daripada ikatan perkahwinan atau dengan pasangan masing-masing.

Suami tidak lagi punyai hak terhadap isteri dan isteri pula tidak boleh cemburu suami memilih pasangan lain. Ini tidak ubah suami lacur isteri atau jual isteri demi untuk mendapat balasan habuan main dengan isteri tetamu lain. 

Itulah manusia berhati iblis dan berperangai syaitan.

No comments:

Post a Comment